Lagenda budak setan

Bila cinta kini Tak lagi bermakna Yang ku rasa kini Hanyalah nestapa Ditinggalkan cinta masa lalu Dulu kau tawarkan Manisnya janjimu Yang ku sambut itu Dengan segenap hatiku Bila engkau pergi Tinggalkanku Hilangnya cintamu Menusuk hatiku Hingga ku memilih Cinta yang fana Perginya dirimu merobek jantungku Hingga ku terjatuh Dalam harapan Hilangnya cintamu Menusuk hatiku Hingga ku terjatuh Dalam harapan Uuu… Dalam harapan

Thursday, December 2, 2010

ANDA adalah penentu masa hadapan anda sendiri

ANDA adalah penentu masa hadapan anda sendiri . Samada masa hadapan anda miskin, kaya, susah, senang, dihormati, disanjung, dihina, dikasihi ramai wanita, disayangi keluarga, anak-anak berjaya, isteri tak membebel dan isteri anda berapa orang ?.




Soalannya - Apakah segala keadaan tersebut yang bakal berlaku kepada diri anda akan ditentukan oleh orang lain atau keadaan ?. Jawapannya sudah tentu tidak.

Jawapannya, segala apa yang berlaku dimasa hadapan anda adalah anda sendiri yang akan menentukannya.



* TENTUKAN Kekayaan dan kesenangan anda masa hadapan - Mulakan sekarang jangan berlengah lagi untuk anda mentafsirkan segala milikan kekayaan, harta, kesenangan, kebahagian dan martabat anda. Caranya adalah dengan mengamalkan segala teknik dan falsafah bagaimana untuk menjadi kaya dalam kebahagiaan.



* - " Anda cari anda dapat, anda tak cari anda tak dapat. "



* TENTUKAN Anak-anak dan isteri anda hidup berjaya, bahagia dengan kasih sayang dan pastikan isteri anda tak membebel - Kepimpinan ditangan anda sebagai ketua keluarga.

Jika anda memimpin dengan ilmu, kekuatan mental dan teknik yang sempurna berdasarkan sistem saikologi dan sosiologi Falsafah kehidupan yang efektif . Kepastiannya tidak akan ada masalah dengan perkara ini.

* - " Baik kepimpinan anda, baiklah keluarga anda, Buruk kepimpinan anda buruklah keluarga anda ".



* Asmara dan berapa Isteri anda nanti - Cinta bukannya BUTA, tetapi cinta itu dicetuskan oleh perbuatan dan kata hati yang buta dan tindakan yang membutatuli. Jika anda sudah banyak masalah, jangan cari masalah. Jika anda tak banyak masalah lakukan kerjaya untuk membantu orang lain. Maka dengan ini cinta, asmara, kasih sayang, sanjungan akan datang melimpah-limpah kepada anda.

* Nak tambah isteri kena tanya katahati, jangan ikut rasa hati. Jika sempurna, cukup segala syarat dan tidak medatangkan masalah dan keburukan. Lakukannya. Falsafahnya. Allah lebih mengetahuinya, jika sekiranya sememangnya anda dikehendaki membantu orang lain dengan cara mengahwininya, itu kehendaknya. Lakukanlah dengan kerana Allah.



" MASA DEPAN ANDA DITANGAN ANDA " - Betul ke tidak.

* Cuba anda renung-renung akan keadaan anda sekarang ini. Disituasi mana ?. Bukankah segalanya hasil tindakan dan usaha anda masa lalu.



Seterusnya untuk masa hadapan. Jika tersilap sekarang ini, maka masa hadapan anda tidak akan secerah waktu siang, melainkan gelap seperti suasana dimalam hari. - Lakukan yang terbaik dan jangan tersilap lagi. Usahakan segala tindakan anda yang terbaik. Lakukan segala tindakan anda yang terbaik.

* Untuk menyempurnakan kecemerlangan perlaksanaan ini anda boleh menggunakan pakai Sistem

" AGE " - - Ianya adalah Teknik Hebat yang mempastikan kecemerlangan masa hadapan anda.


Pesanan :-

Awas - Syaitan, iblis dan segala pengaruh sosial disekitar anda sentiasa mempengaruhi anda untuk mengagalkan segala rancangan masa hadapan anda.Kerana itu memang tugas mereka. Kita harus bijak mengawal diri menggunakan makrifat dalaman



Jika anda mampu bertahan - Anda akan berjaya. Jika anda gagal bertahan - Jawapannya , anda sendiri jawab.Fikirkan dan lakukan yang terbaik untuk masa hadapan anda.



NAK SENANG ATAU NAK SUSAH - Masa hadapan ?.



Pintu telah terbuka - " Tepuk dada, tanya selera "

Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih.



' ANDA HEBAT, SESUNGGUHNYA ANDA HEBAT CARI PELUANG YANG BETUL"


No comments:

Post a Comment