Lagenda budak setan

Bila cinta kini Tak lagi bermakna Yang ku rasa kini Hanyalah nestapa Ditinggalkan cinta masa lalu Dulu kau tawarkan Manisnya janjimu Yang ku sambut itu Dengan segenap hatiku Bila engkau pergi Tinggalkanku Hilangnya cintamu Menusuk hatiku Hingga ku memilih Cinta yang fana Perginya dirimu merobek jantungku Hingga ku terjatuh Dalam harapan Hilangnya cintamu Menusuk hatiku Hingga ku terjatuh Dalam harapan Uuu… Dalam harapan

Wednesday, November 24, 2010

Pantang Larang Orang Dulu-dulu

"Menurut kata Opah kalau anak perempuan urinya elok ditanam di depan rumah supaya dirinya dinampak orang dan cepat orang masuk meminang. Sementelah lelaki ditanam di belakang rumah supaya dirinya tidak menonjol dan tidak menjadi rebutan anak dara."



Kenapa mcm tu? Opah kata orang dulu2 memang banyak pantang larang. Tapi setiap pantang larang yang dibuat tu, ada kebaikannya. Terpulang kat kita nak ikut ke tak. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan.



Macam-macam pantang larang yang kita pernah dengar kan...dan Ida tak lah ingat semua pantang larang tu...jom kita kongsi-kongsi.



1.Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua



2.Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.



3.Dilarang makan berubah tempat, nanti suami ramai.



4.Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.



5.Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.



6.Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.



7.Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.



8.Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.



9.Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.



10.Bagi orang yang tengah mengandung pulak, dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.



Sebenarnya byk lagi, tapi ini jer yang Ida ingat.  pantang larang orang dulu-dulu tu ada yang boleh pakai dan ada yang tak. Maksudnya macam ni, orang dulu-dulu ni cakap berlapik, so apa yang nak disampaikan itu tak disampaikan secara terus terang. Ok  macam pantang larang no 9, mmglah kita tak boleh kan mengintai orang mandi. Kan salah tu dari sisi undang-undang mahu pun agama. Gila nak intai. Agak-agak nak kena maki, korang try lah intai jiran korang mandi. Kalau jiran susah sgt, try intai housemate korang mandi. Bukan je ketumbit yang korang dapat, malahan lebam dimata...siap satu package! Hehehe..



Apa-apa pun kita kena kembali kepada Allah. Kita kena ingat tak ada benda yang akan jadi tanpa izin Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment