Lagenda budak setan

Bila cinta kini Tak lagi bermakna Yang ku rasa kini Hanyalah nestapa Ditinggalkan cinta masa lalu Dulu kau tawarkan Manisnya janjimu Yang ku sambut itu Dengan segenap hatiku Bila engkau pergi Tinggalkanku Hilangnya cintamu Menusuk hatiku Hingga ku memilih Cinta yang fana Perginya dirimu merobek jantungku Hingga ku terjatuh Dalam harapan Hilangnya cintamu Menusuk hatiku Hingga ku terjatuh Dalam harapan Uuu… Dalam harapan

Monday, November 15, 2010

Bila Lelaki Merajuk!!!!


Selalunya, kita cuma dapat dengar alkisah perempuan yang merajuk. Fitrah manusia menjadikan wanita sebagai golongan yang berjiwa halus dan mudah terusik. Kerana kehalusan jiwa sebegitulah, wanita berjaya menjadi ibu yang baik, teman yang baik dan guru yang baik. Bukan bermakna lelaki tidak sesuai menjawat jawatan guru.



Bila bercakap mengenai isu RAJUK, adakah kita merasakan yang lelaki tidak sesuai untuk merajuk?



Sepanjang hidup ada benarnya lelaki juga ada hak untuk menunjukkan bantahan jika ada sesuatu yang mengecewakan atau melukakan. Lelaki juga ada perasaan. Tetapi mungkin kerana lelaki bersifat lebih telus dan outspoken mungkin, lelaki lebih senang menunjukkan bantahan secara terbuka. Sebab itulah, kita terbiasa melihat imej lelaki bergaduh, bertumbuk dan sebagainya.

Macam mana pulak kalau lelaki merajuk? Lelaki merajuk kerana beberapa sebab

Lelaki hanya merajuk apabila tidak mampu menunjukkan protes secara terbuka, kerana beberapa sensitiviti. Dalam hal ini, sesetengah individu bukan tidak mampu menunjukkan kekerasan, tetapi terpaksa menyimpannya dalam-dalam kerana perlu menjaga hati dan perasaan orang lain. Bak kata pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Akhirnya memilih untuk dikemam sahaja, walaupun sendiri yang akan menderita.

Macam mana lelaki merajuk? Tak adalah sampai hentak-hentak kaki atau menangis. Cuma normal la kot bila mereka terasa hati, dan bawak diri sorang-sorang. Kadang sampai 5,6 hari. Kata orang, layan blues la atau rock kapak paling best atau duduk diam2 jer.

Kesimpulannya, lelaki biasanya memilih berdiam diri kalau dia berkecil hati. Perempuan? Rasanya perempuan akan buat muka dengan orang yang mengecilkan hati diorang kot. Tu berdasarkan pengalaman Ida la. Tapi lelaki lain. Dia mungkin juga akan melayan orang yang ada krisis dengan dia tu macam biasa. Tapi luka yang berbekas tu akan kekal untuk masa yang lama.

Perempuan selamat daripada sakit jantung dan mental kerana mereka mampu menangis, untuk meredakan perasaan. Lelaki pulak suka memendam perasaan, dan lebih terdedah kepada penyakit-penyakit berbahaya...

No comments:

Post a Comment